Tuesday, 2 August 2016

PENGENALAN KEPADA INTERNET


Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan satu era baru dalam perkem bangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan, kewangan dan sebagainya (President’s Working Group, 2000). Selain itu, teknologi terbaru ini sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi . Tidak keterlaluan jika dikatakan dunia perniagaan hari ini banyak bergantung kepada internet untuk membolehkan atau melancarkan proses urusan perniagaan harian. Penggunaan komputer yang meluas menjadi pemangkin kepada peru bahan ini khususnya dalam proses perniagaan. Namun demikian, kawalan yang kurang ketat daripada pihak atasan serta kesenangan untuk melayari internet telah membolehkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penghantaran bahan-bahan seksual dan lucah seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya melalui internet semakin menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang dikenali sebagai gangguan seksual elektroni k atau e-harassment (Towns, 2000).


3 comments:

  1. memang..zaman sekarang ni internet boleh buat macam2 yang tak berfaedah

    ReplyDelete
  2. bukan 2 je.. ada banyak lagi dan zaman sekarang memang tak boleh nak percaya sangat alam siber ni!

    ReplyDelete