Penciptaan peralatan
komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan satu era baru
dalam perkem bangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat memantapkan
proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan,
kewangan dan sebagainya (President’s Working Group, 2000). Selain itu,
teknologi terbaru ini sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan
proses komunikasi . Tidak keterlaluan jika dikatakan dunia perniagaan hari ini
banyak bergantung kepada internet untuk membolehkan atau melancarkan proses
urusan perniagaan harian. Penggunaan komputer yang meluas menjadi pemangkin
kepada peru bahan ini khususnya dalam proses perniagaan. Namun demikian,
kawalan yang kurang ketat daripada pihak atasan serta kesenangan untuk melayari
internet telah membolehkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penghantaran bahan-bahan seksual dan lucah
seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya melalui internet semakin
menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang dikenali sebagai
gangguan seksual elektroni k atau e-harassment (Towns, 2000).
good info so far :)
ReplyDeletememang..zaman sekarang ni internet boleh buat macam2 yang tak berfaedah
ReplyDeletebukan 2 je.. ada banyak lagi dan zaman sekarang memang tak boleh nak percaya sangat alam siber ni!
ReplyDelete