Friday, 5 August 2016

PENGGODAM




Penggodam ialah sebutan untuk mereka yang masuk ke sistem orang lain dan cracker lebih bersifat destruktif, biasanya di jaringan komputer, mem-bypass password atau lisensi program komputer, secara sengaja melawan keamanan komputer, men-deface (merubah halaman muka web) milik orang lain bahkan hingga men-delete data orang lain, mencuri data.

Jenis-jenis Penggodam

1.White Hat Hacker
Istilah dalam bahasa inggris White hat iaitu memfokuskan aksinya bagaimana melindungi sebuah sistem, dimana bertentangan dengan black hat yang lebih memfokuskan aksinya kepada bagaimana menerobos sistem tersebut.Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang - kurangnya tidak berniat jahat. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas,dan selalu berusaha untuk berkerja dengan pengilang. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.

2. Black Hat Hacker
Istilah dalam bahasa inggris yang mengacu kepada peretas iaitu mereka yang menerobos keamanan sistem komputer tanpa izin, umumnya dengan maksud untuk mengakses komputer-komputer yang terkoneksi ke jaringan tersebut.Penggodam komputer yang menggunakan perekehan kata laluan atau serangan kuasa keras. Berkait dengan istilah pemecah peti besi. Perekahan perisian iaitu orang yang mengkhususkan dalam mengatasi mekanisma perlindungan penyalinan perisian.

3. Gray Hat Hacker

Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di batasan undang - undang, seringkali mengaku terang - terang.

Kesan daripada menggodam

Serangan siber ceroboh sistem maklumat
Serangan siber boleh berlaku dalam bentuk penghantaran bom e-mel, spam, gangguan, ancaman penggodam, serangan virus, penafian perkhidmatan dan pencerobohan yang akan mengakibatkan kerugian besar serta menyebabkan kehilangan maklumat sulit syarikat mahupun kerajaan.
Ia menjadi senjata baharu yang sangat efektif untuk menceroboh mana-mana sistem maklumat atau data sulit kerajaan, negara, jabatan atau syarikat.

Rugi berbilion ringgit
Jenayah siber menyebabkan Malaysia kerugian berbilion ringgit. Menurut laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2014, sebuah agensi bebas menyelidik tahap bahaya serangan siber, Malaysia berada pada tangga keenam mudah diserang penjenayah siber. Malaysia disenaraikan bersama-sama beberapa negara, termasuk Hong Kong, Taiwan, Thailand, China, India dan Indonesia.
Serangan siber ini termasuk penyalahgunaan internet untuk pelbagai aktiviti haram rentas sempadan seperti dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan penggubahan wang haram. Dalam peristiwa terbaru, Malaysia dikejutkan ancaman dibuat kumpulan penggodam komputer menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous yang merancang melakukan serangan siber ke atas laman web kerajaan pada 29 dan 30 Ogos ini.

Aktiviti komuniti maya
Menurut pakar forensik ICT, Dr Mohd Taufik Abdullah, serangan Anonymous adalah kumpulan aktiviti komuniti maya dan penggodam yang tidak berpusat dengan matlamat melakukan aktiviti menggodam berasaskan internet terhadap kerajaan tertentu dan organisasinya serta tapak web korporat.

Ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh dunia dan sepakat melancarkan serangan kepada sasarannya. Anonymous memulakan serangan pada tahun 2003. Kumpulan ini melancarkan serangan dengan menggunakan sistem seperti DoS (Denial of Service), dan DDoS (Distributed Denial of Service). Serangan itu akan menafikan capaian kepada sumber yang biasanya adalah pelayan web dengan penggunanya.

No comments:

Post a Comment