Salah satu isu terkini
mengenai salah laku dalam penggunaan internet adalah penyebaran fitnah dan
gosip. Kemudahan melalui
ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu
dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu
pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah
disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di
musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat
dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang
sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang
individu serta keluarganya.
Antara kesan fitnah ialah
menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang. Nama baik dan air muka
seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujud fitnah yang
dilemparkan terhadapnya yang mana boleh mengaibkan dirinya.
Hal ini lantas boleh menyebabkan
wujud rasa kebencian dan permusuhan terhadap mangsa fitnah tersebut. Dengan
ini, individu itu bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan pandangan
serong terhadapnya malah reputasi dan kredibilitinya juga akan dipertikai.
Antara impaknya ialah tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan
perceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang disebar. Selain itu, fitnah
juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa dan pekerjaan atau sumber rezeki
individu berkenaan.
Fitnah secara tidak langsung juga
boleh menyebabkan sesorang mangsa mengalami tekanan emosi dan masalah psikologi
apabila timbul stigma, pandangan negatif dan prejudis terhadapnya.


No comments:
Post a Comment